Tentang kami

Kumpulan Jetstar merupakan rangkaian syarikat penerbangan yang berasaskan nilai, yang menyediakan tambang murah pada semua hari dan setiap hari di seluruh rantau Asia Pasifik.

Kami ingin memberi anda peluang untuk mengetahui kami dengan lebih mendalam dengan membaca sejarah syarikat dan rangkaian pesawat yang mengagumkan. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai peluang kerjaya di Jetstar, termasuk Program Kadet Juruterbang kami yang mengujakan.

Kerjaya

Berkerja dengan kami

Jetstar Asia bermatlamat untuk menjadi syarikat penerbangan tambang murah yang popular di Singapura dan menjadikan perjalanan udara lebih mampu milik kepada lebih ramai pengembara di seluruh ASIA.

Kami mencari individu yang bersemangat waja serta berketerampilan menarik untuk menyertai PASUKAN kami!

Cara memohon:

Hantarkan permohonan anda ke careers@jetstarasia.com dan nyatakan di baris perkara jawatan yang dipohon.


Krew Kabin

Pemohon hendaklah memiliki ciri-ciri berikut:

Untuk warganegara Singapura / Penduduk Tetap Singapura

  • Sekurang-kurangnya 1.58m tinggi untuk perempuan & 1.65m untuk lelaki
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mencapai sekurang-kurangnya 4 ’N’ Level dan lulus dengan kredit dalam Bahasa Inggeris
  • Keadaan kesihatan dan kecergasan yang amat baik
  • Sanggup bekerja tidak tentu masa dan pada hujung minggu
  • Berketerampilan menarik dan mudah menyesuaikan diri
  • Komited dan bertanggungjawab
  • Memiliki kemahiran berkomunikasi dan seorang ahli pasukan yang baik
  • Memiliki bakat menjual

Ciri-ciri Tambahan untuk Pemohon Warga Asing:

  • Memiliki Ijazah daripada Universiti yang diiktiraf dan boleh berkomunikasi dengan fasih dalam Bahasa Inggeris

Untuk Krew Kabin Sambilan Sahaja:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja sebagai Krew Kabin

Butiran lanjut akan diberitahu semasa temu duga.

Cara memohon:

Sila hantar permohonan anda ke cabincrew@jetstarasia.com dan nyatakan "Permohonan untuk Krew Kabin Sepenuh Masa" ATAU "Krew Kabin Sambilan" di dalam permohonan anda.

Kembali ke atas


Juruterbang (Kapten)

Pemohon hendaklah memiliki ciri-ciri berikut:

  • Terkadar Jenis A320 dan memegang ICAO ATPL
  • Jumlah masa penerbangan minimum 4000 jam
    • Minimum 2000 jam terbang dengan pesawat jet berbilang krew, berbilang enjin.
    • 1500 jam memegang kuasa dalam jet
    • 500 jam jumlah masa memegang kuasa dalam jenis
    • Jumlah masa penerbangan 5000 jam diberikan keutamaan
    • Sijil Juruterbang Pengangkutan Syarikat Penerbangan dengan pengadaran Berbilang Enjin dan Alatan

    Cara memohon:

    Klik di sini untuk memuat turun Borang Permohonan Juruterbang dan hantar permohonan anda ke pilot@jetstarasia.com

    Kami memohon maaf kerana hanya calon yang tersenarai pendek akan dimaklumkan. Calon bukan warganegara Singapura / bukan Penduduk Tetap Singapura boleh merujuk kepada laman web Kementerian Tenaga Manusia untuk maklumat lanjut mengenai pas kerja yang diperlukan untuk bekerja di Singapura.

    Kembali ke atas


    Juruterbang (Pegawai Pertama)

    Pemohon hendaklah memiliki ciri-ciri & kelayakan berikut:

    • Terkadar Jenis A320 dan memegang ICAO ATPL
    • Pemeriksaan kecekapan dengan tempoh sah 6 bulan
    • Jumlah masa penerbangan minimum 1500 jam
    • Minimum 500 jam terbang dengan pesawat jet berbilang krew, berbilang enjin
    • Sijil Juruterbang Pengangkutan Syarikat Penerbangan dengan pengadaran Berbilang Enjin dan Alatan

    Cara memohon:

    Klik di sini untuk memuat turun Borang Permohonan Juruterbang dan hantar permohonan anda ke pilot@jetstarasia.com

    Kami memohon maaf kerana hanya calon yang tersenarai pendek akan dimaklumkan. Calon bukan warganegara Singapura / bukan Penduduk Tetap Singapura boleh merujuk kepada laman web Kementerian Tenaga Manusia untuk maklumat lanjut mengenai pas kerja yang diperlukan untuk bekerja di Singapura.

    Kembali ke atas


    Program Kadet Juruterbang

    Pemohon hendaklah memiliki ciri-ciri berikut:

    • Jetstar Asia telah melancarkan laluan kerjaya yang mengujakan untuk menjadi Pegawai Pertama yang mengendalikan penerbangan rangkaian pesawat Airbus A320 modennya!
    • Program Kadet Jetstar Asia akan dikendalikan oleh Oxford Aviation Academy Pty Ltd buat masa ini, dengan CTC Aviation Pty Ltd juga menawarkan skim yang sama dalam masa yang terdekat ini.

    Cara memohon:

    Klik di sini untuk memohon Program Kadet Juruterbang kami

    Kembali ke atas


    Tutup
    loading